Apabila ada ahli yang sudahpun mendaftar sebagai ahli percuma, kemudian apabila saya membuat backup dan bertanyakan kepada mereka untuk Uprage VIP ada yang memberi alasan "tak ada modal la" atau "duit tak ada, kering la bulan ni" dan bermacam-macam alasan yang diberi. Saya tidak percaya sama sekali jika mereka memberi alasan tak ada duit tetapi itu cuma helah kerana mereka masih belum yakin keberkesanan Mymode yang mampu memulangkan modal mereka dalam masa yang amat singkat.
RM65 ADALAH MURAH SANGAT
Jika anda pergi shopping di mall berapa wang yang anda bawa? Jika anda hanya bawa RM50 sahaja lupakanlah sahaja hasrat anda untuk bershopping kerana nanti takut anda tak lepas untuk pulang kerumah kerana kehabisan duit. Jika beli kasut berapa agaknya? RM120 tu biasa lah walaupon dia pakai duit 'parent'. Handset boleh beli RM200 hingga RM500 atau yang ada duit RM1000 ke atas adalah perkara biasa. Belanja rakan di KFC, McD? Beli baju MU? mtengok wayang pastu main bowling dan sebagainya. Semua tu diperhabiskan tanpa banyak bicara kerana habuannya nampak depan mata. Tapi bila diajak melabur menjadi usahawan prepaid, mula berdiam diri. Harus diingat ia adalah perlaburan yang menguntungkan untuk masa depan. memang la pada peringkat awal kita dapat sikit tapi ia adalah sangat lumayan jika kita sudah sampai pada peringkat lima angka. Mungkin ia akan lebih daipada gaji anda. Malah ia dapat menjamin kewangan anda apabila anda sakit atau pencen kelak. Kalau anda pencen berapa yang anda dapat? nak ke Mekkah? tepuk dada tanya selera..
SEMUA PERNIAGAAN PERLU MODAL
Berniaga apa tak pakai modal? nak jual sayur? kena modal jugak. Nak jual produk digital (ebook) kena modal juga, iaitu modal bangunkan laman web dan modal promosi. Modal bukan sahaja dari segi kewangan malah dari segi tenaga dan mental. Jika seorang yang berilmu beliau boleh memberikan servis seperti menjadi mentor, khidmat bimbingan dan sebagainya, itupun perlukan modal kewangan juga, perlu promosi dan bangunkan premis dan sebagainya. Yang penting kita dapat melihat bahawa semua ganjaran kewangan yang kita dapat adalah hasil daripada modal yang kita laburkan. Sebagai contoh, kita bekerja selama sebulan dan kita dapat ganjaran gaji apabila kita sudah pun mengelurkan modal dari segi masa, tenaga atau mental. Masa dan tenaga adalah modal yang sangat besar yang sukar kita gambarkan. Setelah kita mengeluarkan modal yang saya anggap besar itu, maka kita terima ganjaran dari segi kewangan. RM65 adalah modal untuk terima ganjaran daripada Mymode dan anda harus tidak lagi ragu-ragu kerana ia adalah satu risiko yang sangat sikit. Yang penting kita harus berani mencabar diri kita untuk berjaya dalam apa jua bidang sekali pun. Asalkan ia ada rasionalnya.
POKET BENAR-BENAR KOSONG
Saya tahu mungkin ada pelajar atau penganggur yang masih dalam tanggungan ibu dan bapa. Anda harus berani dan yakin bahawa Mymode mampu kembalikan modal RM65 dalam masa yang singkat. Anda perlu meminjam kepada ayah, emah, abang, kakak, nenek, atuk, kawan, boyfriend atau girlfriend. Ceritakan kepada mereka mengenai hasrat anda itu dan berjanjilah kepada mereka bahawa hutang mereka akan anda bayar balik setelah anda mendapat keuntungan daripada program ini. Setelah anda berusaha dan dapat pulangan beribu-ribu ringgit maka anda bayarlah balik hutang mereka dengan 10 kali ganda kalau anda mahu dan belanjalah mereka makan tomyam di restoran sebagai tanda terima kasih. Banyak cara lagi untuk anda dapatkan modal, terpulanglah kepada kebijaksanaan anda.
| Setelah anda faham dan berminat untuk bisnes bersama MyMode sila mendaftar dan menjadi ejen MyMode. Bagi mereka yang sudah mendaftar, sila LOGIN dan klik UPRAGE VIP untuk menjadi agen sila klik disini: |
18 October 2008
Tak Ada Duit Nak Join Mymode
Labels: Tak Ada Duit Nak Join Mymode
SENARAI ARTIKEL
- Apakah Itu Mymode?
- Berkenalan Dengan Mymode
- Cara Menambah Modal Mymode Untuk Pengguna CIMB
- Kaedah Web 2.0 Bagi Mendapat Prospek Secara Online
- Kehebatan dan Kelebihan MyMode
- Kenapa Perlu Menyertai Mymode Prepaid4U
- Kisah Kejayaan Adi Nor
- Konsep Pemasaran MyMode
- Langkah Langkah Menjadi Ajen Prepaid My Mode
- Level 1 - Mobile Agent (MA)
- Level 2 - Mobile Manager (MM)
- Level 3 - Chief Mobile (CM)
- Level 4 - Junior CM Hingga Star CM
- Level 5 - Star Pool
- Menjadi Agent MyMode
- MyMode
- Mymode -Bisnes Reload SMS Prepaid
- Patutkah sertai MyMode?
- Pendapatan Lumayan Orang Lama
- Pengalaman Top Leader
- Perbezaan MyMode Dengan Pengguna Biasa
- Student Capai RM80 000 Sebulan Dengan Mymode
- Tak Ada Duit Nak Join Mymode
- Upgrade VIP di Prepaid4u